::jaRi-jEmari::
..hikmat 5 jari..
..jari kelingking..
jari yg paling kecil dan kerdil spt manusia dan ap saja akn bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. apa sahaja yg di lakukan mesti bermula daripada kecil. bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya. kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yg besar pada masa hadapan.
..jari telunjuk..
jari inilah yg mengungkapkan satu dan Esanya Allah SWT ketika solat. genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. gagahnya ia sbgai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. manusia yg berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sbgai model kpd generasi barudan pembimbing yg kaya dgn idea bernas dan minda yg hebat.
..jari manis..
begitu juga dgn usia remaja. manisnya spt jari yg comel mulus. apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. awas!!di usia ini sentiasa di belenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. pada usia ini kamu sudah baligh dan mukalaf. pasti sudah dipertanggungjawabkan segala amalan dihadapan Rabbul Jalil. bersediakah kamu??
..ibu jari..
akhir sekali, renung ibu jari. ianya besar dan pendek ttpi menunjukkan kematangan dan kehebatan yg membanggakan. tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara atau cap jari. kalau dia ada semua urusan berjalan lancar. buat generasi muda, rujuk dahulu kpd org tua atau yg berpengelaman. sekiranya petunjuk mereka kamu patuhi, nescaya kamu boleh berkata 'good' atau 'yes' sambil menggenggam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan kamu.
..jari hantu..
merupakan jari yang paling tinggi . pada zaman ini alam dewasa kian menjengah. di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yg kukuh serta kerjaya yg teguh. namun kamu mesti berhati2 krn d kala ini banyak cabaran dan dugaan yg dtg menggoda. dugaan hasad dengki, ego, tamak, iri hati dan seribu macamdugaan lagi. kalau gagal mengawal emosi, nescaya kamu akan masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. juateru itu amal iadat mesti dilipat gandakan.

0 ulasan:
Catat Ulasan