::jaRi-jEmari::

..hikmat 5 jari..


..jari kelingking..

jari yg paling kecil dan kerdil spt manusia dan ap saja akn bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. apa sahaja yg di lakukan mesti bermula daripada kecil. bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya. kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yg besar pada masa hadapan.

..jari telunjuk..

jari inilah yg mengungkapkan satu dan Esanya Allah SWT ketika solat. genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. gagahnya ia sbgai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. manusia yg berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sbgai model kpd generasi barudan pembimbing yg kaya dgn idea bernas dan minda yg hebat.

..jari manis..

begitu juga dgn usia remaja. manisnya spt jari yg comel mulus. apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. awas!!di usia ini sentiasa di belenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. pada usia ini kamu sudah baligh dan mukalaf. pasti sudah dipertanggungjawabkan segala amalan dihadapan Rabbul Jalil. bersediakah kamu??

..ibu jari..

akhir sekali, renung ibu jari. ianya besar dan pendek ttpi menunjukkan kematangan dan kehebatan yg membanggakan. tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara atau cap jari. kalau dia ada semua urusan berjalan lancar. buat generasi muda, rujuk dahulu kpd org tua atau yg berpengelaman. sekiranya petunjuk mereka kamu patuhi, nescaya kamu boleh berkata 'good' atau 'yes' sambil menggenggam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan kamu.

..jari hantu..

merupakan jari yang paling tinggi . pada zaman ini alam dewasa kian menjengah. di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yg kukuh serta kerjaya yg teguh. namun kamu mesti berhati2 krn d kala ini banyak cabaran dan dugaan yg dtg menggoda. dugaan hasad dengki, ego, tamak, iri hati dan seribu macamdugaan lagi. kalau gagal mengawal emosi, nescaya kamu akan masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. juateru itu amal iadat mesti dilipat gandakan.

..dOa maLaikaT..

11 jenis manusia didoa malaikat

1) orang yang tidur dalam keadaan bersuci

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: sesiapa yang tidur dalam keadaa suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. dia tdk akn bangun hingga malaikat berdoa: 'ya Allah ampunilah hambaMu si fulan krn tidur dalam keadaan suci'.

2) orang yang sedang duduk menuggu waktu solat,

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menuggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akn mendoakannya: 'ya Allah, ampunilah ia. ya Allah sayangilah ia'.

3)orang yang berada di saf depan solat b'jemaah

Rasullah s.a.w bersabda, maksudnya: 'sesungguhnya Allah dan kalangan malaikatNya berselawat ke ats(org) yg berada di saf depan'

4)orang yg menyambung saf pd solat berjemaah(tdk membiarkan kekosongan di dalam saf)

Rsalullah s.a.w maksudnya: 'sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kpd org yg menyambung saf'.

5)kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ktika seorang imam selesai membaca al-Fatihah

Rasulullah s.a.w bersbda maksudnya: 'jika seorang imam membaca...(ayt terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aaminn kerana sesiapa yang bertepatan dgn ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yg lalu'.

6)org yg duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat

Rasulullah s.a.w bersabda maksunya: 'kalangan malaikat akan selalu berselawatkepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.'

7)org yg melakukan solat subuh dan asar secara berjemaah

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: kalangan malaikat berkumpul pada saat solat subuh lalu malaikat (yg menyertai hamba) pada malam hari (yg sudah bertugas malam hari sehingga subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. 'kemudian mereka berkumpul lagi pd wktu solat asar dan malaikat yg ditugaskan pada siang hari (hingga solat asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yg bertugas pd malam hari tetp tggal lalu Allah bertanya kpd mereka: 'bagaimana kalian meniggalkan hambaKu?' mereka menjawab: kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pd hari kiamat.'

8)org yg mendoakan saudaranya tanpa pegetahuan org yg di doakan.

Rasulullah s.a.w bersabda mksudnya: doa seorang Muslim utk saudaranya yg dilakukan tanpa pengetahuan org yg didoakannya adala doa yg akn di kabulkan. pd kepalanya ada seorang malaikat yg menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa utk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'amiin' dan engkau pun mendapat apa yg ia dapatkan'.

9)org yg membelnjakan harta(infak)

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: 'tdk satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kpdnya, satu antra kedua-duanya berkata; 'ya Allah berikanlah ganti bg org yg berinfak...'

10)org yg sedang makan sahur

Rasulullah s.aw bersabda mksudnya: 'sesungguhnya Allah dan kalangan malaikatNya berselawat kpd org yg makan sahur'.

11)org yg sedang melawat org sakit

Rasulullah s.a.w bersabda mksudnya: 'tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akn mengutuskan 70,000 malaikat utknya yg akn berselawat kpdnya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga subuh'.

itu antara mereka yg mendapat doa malaikat. semoga kita termasuk dan tersenarai sama..InsyaAllah..

peace in islam(^_^)


Design by Blogger Templates