::a!r mata::

kata Ibnu Qayyum..
9 jeNis taNgis..
1) menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati
2)menangis kerana rasa takut
3)menangis kerana takut
4)menangis kerana cinta
5)menangis kerana terlalu sedih
6)menangis kerana hina dan lemah
7)menangis untuk mendapat belas kasihan orang
8)menangis kerana terikut2 orang menangis
9)menangis orang munafik
"..dan bahawasanya Dialah yang menjadikan orang-orang tertawa dan menangis."
(An Najm:43)
jadi,,Allah lah yang mencipta ketawa dan tangis, serta mencipta sebab tercetusnya..
banyak air mata telah mengalir di dunia ini..sumbernya dari mata mengalir ke pipi lantas terus jatuh ke bumi..
mata itu kecil namun ia tidak pernah kering..ia berlaku setiap hari tanpa putus2x..seperti ai sungai yang mengalir ke lauttidak pernah berhenti..andai ditampung air mata itu,,banjirlah dunia ini..masyaAllah..
::tAngis teRcela aTau teRpuJi??::
ada tangisan amat tercela umpamanya meratapi mayat dengan memukul dada dan merobek-robek pakaian..
ada pula tangisan yang sangat di puji dan dituntut iaitu tangisan kerana takut azab seksa Allah SWT..
..tangisan dapat memadam api neraka..
''Rasulullah saw bersabda: tidaklah seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. dan air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak dikotori oleh debu kehinaan, apabila dari seseorang daripada suatu satu kaum menagis, maka kaum itu akan dirahmati. tidaklah ada sesuatu yang tak kadar dan balasan kecuali air mata. sesungguhnya air mata dapat memadamkan api neraka."
..air mata taubat Nabi Adam a.s..
beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit kerana tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. dia bersujud di atas gunung dan air matanya di jurang Serandip. dari air matanya itula Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. bebrapa burung meminum air mata Nabi Adam lalu berkata, 'manis sungguh air manis.' Nabi Adam lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. lalu Allah menerima taubatnya dan mengwahyukan,
'Hai Adam,sesungguhnya belum Aku pernah menciptankan air lebih lazat daripada air mata taubatmu!'
Junjungan Mulia bersabda..
'ada 2 biji mata yang tak bersentuh api neraka; mata yang menangis di malam hari kerana takut kepada Allah dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fisabilillah.'
'diantara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat ialah seseorang yang bezikir sendirian lalu mengenang kebesaran Allah lalu bercucuran air mata'
'jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takutkan Allah, maka berguguranlah dosanya bak gugurnya dedaun dari pepohon kering'
berkata Salman Al Faarisi r.a..
aku dibuat menangis atas 3 perkara..
1- berpisah dengan Rasulullah saw dan parasahabat
2- ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat datangn Malaikat Israil datang mencabut nyawanya
3- aku tidak tahu aku akan diperintahkan ke syrga atau neraka
..a!r mAta raHmat Tuhan..
Rasulullah saw bersabda: jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah 3 perkara..
1) apabila dahinya berpeluh
2) air matanya berlinang
3) hidungnya terkeluar cecair seperti hingus
kerana hal2x tersebut rahmat Allah untuk si mati..(riwayat dari Salman Al Faaris)
sucikanlah 4 hal dari 4 perkara..
'wajahmu dengan linang air mata keinsafan, lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa2x yang silam disulami dengan taubat Dzat yang memilikimu"
peace in islam(^_^)

0 ulasan:
Catat Ulasan