..taLiaN sePanjaNg haYat..



pernahkah anda bayangkan bila pada saat kita berdoa..


kita mendengar ini..


tekan 1 untuk 'meminta'
tekan 2 untuk 'mengucap syukur'

tekan 3 untuk 'mengeluh'

tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'

atau..

bagaimana jika malaikat memohon maaf seperti ini..

"saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain..tetaplah sabar menunggu..
panggilan anda akan di jawab berdasarkan urutannya.."

atau..


pernahkah anda bayangkan bila pada saat berdoa, anda akan mendapat respons seperti ini:

"jika anda ingin berbicara debgan malaikat"

tekan 1; dengan malaikat mikail..
tekan 2; dengan malaikat lainnya..

tekan 3; jika anda ingin mendengar sari tilawah saat anda menunggu..

tekan 4; 'untuk pertayaan tentang hakikat syurga dan neraka, silalah tunggu sampai anda akan sampai ke sini..!!!'

atau..

mungkin juga anda mendengar ini:

'sistem kami menunjukkan bahawa anda telah menelefon sebanyak satu kali pada hari ini..
sila cuba lagi esok..'


atau..


'pejabat ini ditutup pada hujung minggu. sila hubungi pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi"

alhamdulillah.. Allah SWT mengasihi kita.. anda dapat menelefonNYA setiap saat!! anda hanya perlu untuk memanggilnya bila2 saja dan Dia selalu mendengar anda. kerana bila memanggil Allah, tdk akan pernah mendapat talian sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara peribadi.

ketika anda memanggilNYA, sila gunakan nombor utama ini..

..24434..

2 : solat subuh
4 : solat zuhur
4 : solat asar

3 : solat magrib
4 : solat isya'


atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalya..

gunakan nombor ini..
..28443483..

2 : solat subuh
8 : solat dhuha

4 : solat zuhur
4 : solat asar
3 : solat magrib
4 : solat isya'

8 : solat tahajjud atau lainnya..
3 : solat witir


maklumat terperinci terdapat di buku telefon berjudul "al Quran & hadis rasul"
talian terus tanpa operator tanpa perantara tanpa bil nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian yang tidak terhingga dan di buka 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun...!!!

selamat berhubung..

::pesanan ini khas di tujukan bt saya sendiri dan pembaca sekalian..
semoga diriku dan dirimu di rahmati Allah..amiin..::



peace in islam(^_^)


0 ulasan:


Design by Blogger Templates